Bukit Meriam
Kota Kuala Muda, Kedah
08500 Malaysia.
Tel: 04-4374324
Search: 
Maktab Mahmud Kuala Muda

About School
 

 
 
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Disebuah perkampungan yang bersih dan tenang, berdiri dengan megahnya sebuah institusi pengajian agama yang menampung hampir 300 orang pelajar. Maahad Mahmud merupakan sebuah sekolah agama yang memiliki sejarah yang menarik untuk di kaji dan diimbas kembali.

Tanggal 31-01-1957, sebuah kelas agama yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa perantaraan dibuka hasil daripada inisiasif yang dijalankan oleh ahli kariah kawasan-kawasan yang di sekitar Bukit Meriam dan Kota Kuala Muda. Kelas ini bertujuan untuk mendidik anak-anak muda dengan ilmu agama secara mendalam.

Antara langkah awal yang diambil oleh penduduk kampung ialah menubuhkan sebuah Jawatan Kuasa (JK) yang dianggotai oleh Tuan Mat Khir b. Hj. Mohd. Desa (Pengerusi), Hj. Abdullah Mat Diah (Naib Pengerusi), Hj. Sidik Salleh dan lain-lain.

Kelas agama ini berpusat di Balai Lentang Masjid Sintok Bugis dan dinamakan dengan “Tarbiah An-Nashiin”. Ia terbuka kepada pelajar lelaki dan mempunyai seramai 25 orang pelajar. Pada masa itu, guru-guru yang mengajar adalah sukarelawan, mereka ialah Us. Syafie Hj. Mohd. Desa, Hj. Abdul Hamid Ahmad, dan Abdul Rahman Abdullah. Mereka menjalankan tugas secara bergilir-gilir setiap hari

Mesyuarat JK telah diadakan pada 05-11-1958 dan berkeputusan membuka kelas pengajian kepada pelajar perempuan. Keadaan ini mendapat sambutan yang memberansangkan oleh semua pihak. Penambahan bilangan pelajar kepada 60 orang menyebabkan pihak JK menjalankan pengajian di sebuah bangunan yang bernama “Rumah Syarikat Belia”.

Perjumpaan di Sek. Ren. Keb. Bukit Meriam telah diadakan anjuran AJK Pengasas pada 15-11-1960 dan dihadiri oleh orang ramai termasuk Tuan Hj. Saad Said (Pen. Kadi Alor Star), Ketua Kadi Kuala Muda dan lain-lain kehormat. Hasil daripada perjumpaan tersebut ialah tertubuhnya sebuah lembaga untuk mentadbir Tarbiah An-Nashiin, lalu Tarbiah An-Nashiin ditukarkan namanya kepada Sekolah Arab Tarbiah An-Nashiin atau Sekolah Menengah Agama An-Nashiin (SMATAN).

Mensyuarat lembaga sekolah kali pertama dibuat pada 20-1-1961 yang terdiri daripada 20 orang AJK
termasuk pengerusi dan setiausaha.Lalu,keputusan untuk mendapatkan dan memberi bantuan kewangan serta
saguhati kepada guru-guru diambil.

Mata pelajaran yang diajar di SMATAN adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran Pejabat Agama Negeri Kedah iaitu Fekah,Tauhid,Al-QuranWaddin,Ta’bir,Mutolaah,Mahfuzot,Imlak, Khat,Nahu,Sejarah,Geografi,Sihhah(sains) dan lain-lain kecuali pelajaran vokasional dan Bahasa Inggeris. Sesi persekolahan pada masa itu disusun bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan kadar lima (5) mata pelajaran sehari.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Setelah beberapa tahun, bermula pada 12-01-1962, tapak sekolah telah ditukarkan ke bangunan baru iaitu bangunan pada masa kini, di Kampung Sintok Bugis. Ini kerana bangunan terdahulu diambil oleh kerajaan dan dijadikan sebuah klinik. Bangunan baru dibina secara bergotong-royong antara pihak sekolah dengan penduduk kampung iaitu Blok A dan telah menelan belanja lebih kurang RM 600.00.

Bermula pada tahun ini juga, beberapa mata pelajaran baru telah diserap masuk seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tenaga pelajar pada ketika itu antaranya ialah Us. Ahmad Hj. Thalib, Us. Zaki Noor, Us, Omar Saad dan Us. Jamil Marzuki pada tahun 1966. Pada tahun ini, bilangan pelajar meningkat kepada 114 orang.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

SMATAN membangun dengan jayanya dan semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Oleh itu, pada tarikh 28-06-1967, SMATAN telah dibuka secara rasmi dan majlis perasmiannya telah dijalankan sendiri oleh Tengku Abdul Malik Ibn Sultan Badlishah (Adinda Sultan Kedah).

Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula dilaksanakan di SMATAN pada tahun 1970.
Pada tahun 1976, Us. Yusuf mula bertugas di SMATAN dan mengajar mata pelajaran Tafsir dan Nahu. Pada tahun ini juga, pihak sekolah menerima bantuan sebanyak RM15000.00 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Hj. Othman Abdullah.

Tahun 1981, Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) mula diwujudkan. Tahun 1982, Mula mendapat biasiswa daripada kerajaan pusat.

Bantuan buku teks pinjaman diberikan oleh Kementerian pelajaran Malaysia bermula pada 18-05-1983. Bilangan guru sebelum ini adalah sebanyak 8 orang telah bertambah menjadi 13 orang. Guru-guru yang baru bertugas ialah Us. Hj. Harun Hj. Daud dan Us. Syawal Ahmad. Bilangan pelajar pula meningkat sebanyak 130 orang menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 244 orang.Tahun 1984, Guru-guru mengambil peperiksaan Normal Class III.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Bangunan Blok B mula dibina bertentangan Blok A. Penambahan bangunan ini di biayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan segala urusan pembelian tanah diuruskan oleh Bendahari Lembaga Pentadbir, Us. Hj. Ismail Abdullah.

Berikutnya, pada tahun 1998, dua buah bangunan ditambah lagi iaitu Blok C disisi kanan bangunan Blok A, dan bangunan perpustakaan disisi kiri Blok A.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Tahun 2002 merupakan antara tahun yang pastinya tidak dapat dilupakan, kerana disitu tercetusnya krisis Sekolah Agama Rakyat ( SAR) apabila Kerajaan Pusat bertindak menghentikan bantuan kepada SAR.

Tindakan ini diambil kerana pihak Kementerian menganggap SAR adalah milik pembakang . Akibatnya , SAR menghadapi kemerosatan kerana kerana beberapa tawaran yang dibuat oleh Kementerian umpamanya kepada Guru-guru SAR untuk diserapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dan menjadi guru di Sekolah Kementerian. Begitu juga peluang diberikan kepada para pelajar SAR untuk berpindah ke sekolah Kementerian merugikan SAR.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Bulan Februari 2002 Us. Mohd. Yusof Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Pengetua dan digantikan oleh Us. Mansor Hj. Hashim.

Pada bulan Disember 2003, satu perbincangan diantara Lembaga Maktab Mahmud (MM) dan Lembaga Pentadbir Sekolah. Pihak Lembaga MM menawarkan SMATAN diserahkan kepada Lembaga MM. Oleh itu, selepas perbincangan bersama Guru-guru, pihak sekolah bersetuju untuk menyerahkan SMATAN ke bawah naungan Kerajaan Negeri Kedah dan diletakkan di bawah Lembaga MM.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
 
SMATAN ditukarkan kepada Maktab Mahmud bermula Januari 2004. Maka dengan itu, bermulalah era Maktab Mahmud di Kuala Muda dan SMATAN dikenali pula dengan nama “Maktab Mahmud Kuala Muda”. Kerajaan Negeri Kedah memberi bantuan dan menampung kos-kos perbelanjaan sekolah.

Guru-guru pula dikehendaki meletakkan jawatan sebagai guru Majlis Agama Islam Kedah dan memohon menjadi guru Lembaga Maktab Mahmud.

Bertarikh 15-10-2005, Us. Mansor Hj. Hashim bertukar ke Maktab Mahmud Cawangan Kulim (MMCK). Dengan itu, bermula dari 16-10-2005, Us. Yahya b. Hj Ismail (bekas pelajar SMATAN 1982-1987)
Dilantik menjadi Pemangku Pengetua. Bermula 11-02-2007, Pengetua baru dilantik iaitu Us. Shafie b. Ismail sehingga hari ini.

Kini dengan tertubuhnya Maktab Mahmud Kuala Muda di harap misi dan visi pihak sekolah untuk mencapai kembali keagungan sejarah silam menjadi nyata. Sehingga sekarang ini pelajar Maktab Mahmud Kuala Muda ada sebanyak dengan berjumlah 250 orang dengan adanya 10 kelas.
 
 

 
 
 
Pendidikan di Maktab Mahmud adalah usaha yang berterusan untuk membudayakan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk keperibadian muslim yang sejati berasaskan akhlak Islam, kecemerlangan diri dan khalifah Allah S.W.T..Usaha ke arah ini akan melahirkan pelajar yang berjaya, beramanah dan bertanggungjawab untuk membangunkan agama dan ummah serta memakmurkan negara bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.
1. Perisai
Melambangkan ketahanan dan kekuatan mental serta fizikal warga Maktab Mahmud serta mempunyai semangat yang kental untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

2. Lampu
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat kepada kehidupan.

3. Buku
Melambangkan sumber pengetahuan.
 
MAKSUD BENDERA 3 JALURKejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.
MAKSUD BENDERA 3 JALUR
Mewakili ILMU, IMAN dan AMAL yang sentiasa dititikberatkan di kalangan warga Maktab mahmud.

KHANDIL
Melambangkan penerapan ilmu pengetahuan yang sentiasa memberikan manfaat dalam kehidupan.

HIJAU
Adalah lambang keislaman yang berunsurkan ketenangan dan keharmonian

KUNING
Maktab Mahmud dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah

PUTIH
Kejujuran, keihklasan dan kemurnian jiwa dalam mencari ilmu kerana Allah Taala.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Adalah kami, Pelajar-pelajar Maktab Mahmud dengan penuh rasa kesedaran mengakui bahawa usaha usaha mengangkat martabat Maahad adalah terletak di atas diri kami serta warga Maahad dan sebarang perlakuan yang menyalahi peraturan dan disiplin sekolah merupakan penghalang ke arah matlamat tersebut.
Kami menyesali akan perlakuan negatif yang kami lakukan sebelum ini boleh merosakkan reputasi atau nama baik Maahad Mahmud. Kami sedar bahawa sebarang perlanggaran disiplin bukan sahaja merosakkan nama baik kami, malah menyusahkan ibubapa atau penjaga yang meletakkan harapan yang tinggi kepada kami.
Oleh itu kami berjanji bahawa pada setiap masa dan keadaan;
Kami akan berakhlak sebagai akhlak pelajar muslim yang menjunjung tinggi perintah Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kami akan menjaga maruah diri, keluarga dan sekolah dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencemar imej diri, keluarga dan Maahad.
Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.
Kami akan memberikan komitmen yang padu kepada pihak sekolah, menghormati dan mematuhi arahan guru dan pihak sekolah dalam usaha pemantapan sahsiah pelajar dan peningkatan martatabat Maahad.
Kami akan berusaha bersama mengangkat martabat Maahad.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com
Pendidikan di Maktab Mahmud adalah usaha yang berterusan untuk membudayakan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk keperibadian muslim yang sejati berasaskan akhlak Islam, kecemerlangan diri dan khalifah Allah S.W.T..Usaha ke arah ini akan melahirkan pelajar yang berjaya, beramanah dan bertanggungjawab untuk membangunkan agama dan ummah serta memakmurkan negara bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan akhirat.
يا معهدي

يا معهديعلمتني

وبالهدى جملتني

حليتني من صغري

بكل خلق حاساني

كم فيك من معلم

بر كثير الميناني

بعلمه زودني

بنصحح أرشدني

تحية يا معهدي

يا أصل عيشي الحاني

أن شاءتني مبركا

لأمتي ووط


Created by Edunet.com.my & Maktab Mahmud Kuala Muda
Maktab Mahmud Kuala Muda
Bukit Meriam Kota Kuala Muda
Kedah, 08500 Malaysia.